Wednesday, October 21, 2009

Menyanyi

MENYANYI
Menyanyi merupakan cara mudah melahirkan perasaan. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk meyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak. ( Philips, 1990)

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran : kognitif(pengetahuan), psikomotor(kemahiran), dan efektif(perasaaan dan sikap). Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologi dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

TEKNIK MENYANYI
Penggunaan teknik menyanyi yang betul adalah penting. Penggunaan teknik suara yang betul merangsang tekanan, ekspresi yang diperlukan, menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula kepada tindakbalas fizikal.

Kesan teknik nyanyian yang baik :
1. Menghasilkan ton yang baik
2. Penghasilan ton yang licin dan panjang
3. Sebutan yang betul, jelas dan cantik
4. Berkebolehan menyanyi dengan nada tertentu
5.Mempunyai ketahanan menyanyi dengan nada yang panjang.
6. Mempunyai ketangkasan membungakan nyanyian dengan petikan skel dan arpaegio
7. Berkebolehan membaca skor muzik
8. Dapat menghasilkan variasi warna ton dengan berkesan.

Tuesday, October 20, 2009

Lingkungan suara dalam muzik popular

Lingkungan suara dalam muzik popular kebiasaannya adalah lebih bebas dan mudah berbanding dengan muzik klasikal. Ini adalah kerana penggunaan amplikasi menjadikan ia lebih mudah bagi penyanyi-penyanyi muzik popular untuk menghasilkan pic muzik yang lebih rendah berbanding dengan penyanyi muzik klasikal. Warna suara yang konsisten juga kurang penting untik penyanyi-penyanyi muzik popular.
Penyanyi-penyanyi muzik popular mempunyai kebabasan penuh dalam penyampaian melodi untuk lagu-lagu mereka termasuk penggunaan falseto/flaggelio yang diterima ramai oleh para pendengar dan para penyanyi sendiri. Ini termasuklah penggunaan suara dalam yang keras atau penggunaan nota flageolet (merujuk kepada register nyanyian berbisik di tahap tinggi). Pendek kata, penyanyi – penyanyi muzik popular tidak terikat dengan apa-apa piawaian di dalam nyanyian dan boleh menyampaikan lagu di dalam apa saja cara yang disukai dan diterima ramai.Walau bagaimanapun, kepentingan lingkungan suara adalah berbeza-beza di dalam muzik popular. Genre “punk” sebagai contoh kurang mengendahkan skill teknik dan lingkungan suara sama sekali. Begitu juga dengan teater muzikal yang memerlukan skill nyanyian tetapi kurang melihat kepada lingkungan suara penyanyi.

Peranan di dalam opera

Mezzo-soprano jarangkali menyanyikan peranan yang ditulis untuk penyanyi soprano seperti contoh untuk peranan Lady Macbeth, Santuzza, Isolde begitu juga sebaliknya seperti peranan Carmen, Rosina, Marina. Ini bertujuan untuk menghasilkan kesesuaian suara dalam nota muzik yang ditulis berdasarkan jenis suara. Kebiasaannya, para penggubah menerangkan jenis-jenis suara yang sesuai untuk peranan-peranan yang diberikan. Tetapi ia bukanlah semudah itu, seperti contoh penggubah lagenda Giuseppe Verdi yang tidak membezakan "mezzo-soprano" dan "alto". Penggubah-penggubah awal termasuk Wolfgang Amadeus Mozart langsung tidak membezakan kategori-kategori soprano dan menganggap mezzo-soprano sebagai soprano.
Cara lain untuk menentukan jenis suara yang sesuai ialah jenis muzik ensembel atau koral dengan membahagikan tiga bahagian wanita seperti (soprano), mezzo-soprano (soprano 2) dan alto (atau seorang mezzo-soprano).
Peranan “Carmen” (penyanyi mezzo-soprano) untuk opera Carmen contohnya, menyanyikan nota rendah untuk bahagian nyanyian trio Frasquita-Mercedes-Carmen. Oleh sebab itu, penggubah Bizet sebenarnya tidak pernah mencadangkan lagu itu untuk seorang penyanyi soprano tetapi untuk seorang mezzo-soprano atau alto. Walaubagaimana pun, kebanyakan penyanyi soprano boleh menyampaikan peranan tersebut dengan baik. Jenis suara penyanyi sebenarnya bergantung kepada bakat dan repertoir masing-masing.

Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo

Klasifikasi lingkungan suara di bawah kebiasaannya digunakan di dalam muzik klasikal untuk surara tertinggi dan terendah. Ia lebih merupakan senarai asas kerana lingkungan suara yang sebenar berlainan dari seorang penyanyi kepada yang lain. [1]
Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):
Soprano: C4 - A5
Soubret: C#4 - B4
Mezzo-soprano: A3 - F5
Kontralto/Alto: G3 - D5
Tenor: B2 - G4
Bariton: G2 - E4
Bes: E2 - C4
Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik pemalsuan suara):
Soprano: C4 - C6
Soubret: C#4 - F#5
Mezzo-soprano - G3 - A5
Kontralto: F#3 - F#5
Tenor: B2 - D5
Bariton: F2 - G4
Bes: C2 - D4
(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf keatas dan penggunaan flaggelio boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan tiga yang terakhir adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagai kauntertenor dan ketinggian suara kauntertenor diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. Penyanyi soprano lelaki dikenali sebagai sopranis dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada penyanyi soprano wanita. Kontralto dahulunya dikenali sebagai penyanyi tenor tetapi kini tidak lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk penyanyi lelaki kini memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita

Lingkungan Suara Dalam Muzik Klasikal

Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orkestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa penggunaan falseto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.
Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ia sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
Muzik koral dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan opera. Berlawanan dengan opera, koral mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian koral boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian opera. Walaupun sebenarnya tidak ada penyanyi di dalam kumpulan koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan penyanyi menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
Di dalam muzik koral, lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga bahagian penyanyi mengikut jantina seperti nyanyian opera, tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian untuk lelaki dan wanita seperti – soprano, alto, tenor, bes atau empat bahagian untuk satu jantina seperti soprano 1, soprano 2, alto 1, alto 2, tenor 1, tenor 2, bes 1 (atau bariton), bes 2.

Kejituan Lingkungan Suara

Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ia tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.
Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto.
Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.

Monday, October 19, 2009

kaedah mengajar nyanyian

1. frasa demi frasa
> mendengar lagu
> menyanyikan frasa
> menyanyi dengan iringan atau tanpa iringan
2. rangkap demi rangkap
> mendengar keseluruhan lagu
> membaca lirik
> menyanyi terus
3. Keseluruhan lagu
> lagu diperdengarkan
> membaca lirik
> menyanyi keseluruhan lagu

teknik nyanyian

Pengetahuan dan kemahiran dalam nyanyian


Aural - proses kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.

Fizikal - proses pengawalan pernafasan dan mekanisme vokal.


Verbal - Proses kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.

Daya ingatan muzikal - proses kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.


Persembahan - proses penghasilan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.

Interaksi Sosial – proses kebolehan bekerjasama dalam nyanyian bersama rakan.


Komunikasi - proses menyatakan maksud raa dan fikiran melalui ekspresi dalam nyanyian.

nyanyian semerta

Wednesday, October 7, 2009

Dari En. Affendi

Boleh diteruskan lagi.......

Friday, October 2, 2009