Friday, September 11, 2009

Sejarah Seri Segara



Laporan Penubuhan Pasukan Koir

Pasukan koir ‘Segara’ ditubuhkan pada 28 Ogos 2005 selaras dengan kehendak Jabatan Pendidikan Terengganu agar setiap daerah mempunyai pasukan koir patriotik. Kumpulan Koir ‘Segara’ mula menjalani latihan secara serius bermula tahun 2006 apabila ianya memenangi pertandingan peringkat daerah dan mewakili daerah pada tahun tersebut. Penampilan pertama koir ‘Segara’ amat membanggakan bila menduduki tempat ke 3 peringkat negeri dan benar-benar memberi keinsafan kepada saya bahawa impian mencipta sesuatu kejayaan memerlukan kegigihan serta latihan yang sentiasa berterusan agar pelajar-pelajar faham nyanyian koir berbeza berbanding nyanyian solo dan nyanyian beramai-ramai. Tahun 2007 dan 2008 kumpulan koir ‘Segara’ mengondol naib johan pertandingan koir peringkat negeri. Namun pada pertengahan tahun 2008, Kumpulan koir ini dipelawa menyertai Pertandingan Koir Perpaduan Peringkat Negeri.

No comments:

Post a Comment