Saturday, September 12, 2009

Teknik Vokal (Mengatasi Masalah Nyanyian)

Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pada sesi ini pelajar diajar bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat awal pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke dalam perut.

Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut pada bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus diagfram akan mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah pelajar tidak mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih berkesan lagi guru mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut rakan.

Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara. Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan udara yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak dapat diaplikasi dengan tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan teknik pernafasan dengan betul.


No comments:

Post a Comment