Saturday, September 12, 2009

Sesi Memanaskan Suara (Warming Up)


Pada sesi ini pelajar diarah supaya menjaga posture badan, merehatkan kerongkong, melonggar bahu dan dalam keadaan relax. Setelah selesai pelajar memulakan dengan membunyikan pic yang dibunyikan oleh guru. Pada sesi ini guru mengingatkan pada pelajar supaya dapat mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari.

Kemudian pelajar membunyikan do, re, mi, re do, do dalam bentuk sekuen sehingga tahap yang agak selesa. Pada tahap suara yang agak tinggi, pelajar tidak dapat mengaplikasikan teknik head voice. Mungkin penerangan dari guru yang kurang jelas. Latihan Arpegio juga dijalankan dengan pelbagai bunyi vokal.

7.0 Sesi Latihan Lagu

7.1 Melodi

Pelajar diarah menghafal senikata lagu untuk memudahkan sesi latihan untuk melodi lagu. Guru memainkan satu rangkap lagu dan pelajar mendengar dengan teliti. Selepas itu pelajar akan mengikuti baris demi baris lagu. Lagu ini agak mudah di hafal kerana bentuknya ialah AABA. Maksudnya apabila boleh menguasai rangkap pertama bermakna rangkap 2 dan 4 boleh dikuasai dengan cepat.




Semasa sesi ini, yang menjadi masalah ialah apabila pic tinggi. Pelajar terkeliru dengan suara Head Voice dan falsetto. Ton suara yang dikeluar tidak begitu baik.

Sesi latihan ini sepatutnya dijalankan serentak dengan kumpulan alto dan tenor, malangnya mereka ini tidak dapat dikumpulkan bersama kerana tingktan yang berlainan. Guru amat sukar mengumpulkan pelajar. Memandangkan masa yang terhad. Ini menyukarkan lagi sesi latihan.

Mungkin lagu ini mempunyai range yang tinggi D5. Guru akan menurun key untuk memberi keselesaan kepada pelajar menyanyi bahagian melodi ini.

7.2 Vokal Alto (Suara 2)

Seperti kumpulan Soprano tadi, kumpulan Alto ini9 juga telah diarah menghafal senikata seminggu sebelum sesi latihan bermula. Kumpulan ini juga telah diperdengarkan melodi lagu ini supaya tidak merasa terkeliru apabila menyanyikan bersama-sama.

Sistem yang sama digunakan semasa mengajar kumpulan ini. Semasa sesi ini pelajar agak sukar menguasai irama lagu ini kerana ia berbezakan dengan irama lagu asal. Pelajar selepas itu menyanyikan bahagian ini dengan iringan keyboard. Pada suatu ketika guru memainkan melodi lagu pada keyboard dan pelajar akan menyanyikan bahagian alto

7.3 Kumpulan Tenor (Lelaki)

Sesi latihan untuk kumpulan pelajar lelaki ini amat sukar bagi guru. Suara mereka dalam transisi dari kanak-kanak kepada dewasa. Ada yang sebahagiannya sudah matang dan sebahagiannya masih belum matang. Ini melibatkan warna ton. Ia sukar untuk di Blend. Untuk mendapatkan bunyi yang seimbang amat sukar. Pada sesi ini pelajar di bimbing baris demi baris dan seterusnya rangkap demi rangkap. Disini guru memerlukan kesabaran yang tinggi dengan karenah pelajar lelaki yang susahnya mengeluarkan suara mereka. Guru seperti memaksa mereka menyanyi.

8. Latihan Harmoni

Pada sesi ini pelajar-pelajar cuba didedahkan dengan nyanyian cara berharmoni. Langkah pertama pelajar akan membunyikan triad 1, 3, 5 mengikut kumpulan masing-masing. Root diberikan kepada kumpulan tenor, Not ke 3 dinyanyikan oleh kumpulan alto manakala not ke 5 oleh kumpulan soprano.

Adakalanya mereka bergilir-gilir digandingkan untuk latih mereka biasa dengan bunyi harmoni. Sebagai contoh : Tenor – Alto, Tenor – Soprano, Alto – Soprano dan Tenor – Alto – Soprano.

Pelajar akan diarahkan mendengar pic nyanyian masing-masing dan mendengar melodi pada masa yang sama. Pelajar akan menyanyikan part masing masing bersama sama dengan melodi lagu. Pada sesi ini pelajar menyanyikan serangkap lagu bahagian masing-masing. Apa yang terhasil ialah pelajar masih belum dapat menghasilkan keseimbangan yang baik.

1 comment: