Monday, September 14, 2009

PERSEDIAAN KEMAHIRAN DIRI

1. Memahami dan menguasai aspek
muzikaliti beberapa konsep dan juga elemen
muzik seperti :
- Pic
- Detik
- Tempo
- Irama

Pic (pitching)
- Guru atau tenaga pengajar yang hendak mengendalikan aktiviti muzikal khususnya nyanyian seharusnya boleh menyanyi dengan pic yang tepat supaya nyanyian contoh oleh guru adalah betul dan tidak sumbang.

Detik
- Dalam semua lagu terdapat detik yang kadang-kadang dapat didengar dan ada kalanya ianya hanya dapat dirasai. Detik bersifat sekata, contoh pergerakan jarum saat jam, denyutan jantung. (aplikasi pada mesin dikilang-kilang)
- Kefahaman tentang detik boleh membantu kita untuk memberi respon terhadap muzik yang didengar dengan pelbagai aktiviti seperti membuat gerakan (termasuk tarian), permainan alat-alat perkusi dsb.nya

Tempo
- Tempo merujuk kepada kelajuan lagu (cepat atau lambat)
- Lagu-lagu yang kita dengar seharian terdapat dalam pelbagai tempo.
- Kefahaman tentang tempo membantu guru menggunakan pendekatan pengajaran nyanyian misalnya iaitu nyanyian dalam pelbagai tempo dan melatih diri dan juga murid supaya menyanyi dan juga bermain alat muzik mengikut tempo.

Irama
-Banyak benda di sekeliling kita menghasilkan irama
-Guru seharusnya mempunyai kebolehan mendengar dan mengajuk irama yang didengar.
- Banyak aktiviti berkaitan dapat dilakukan jika anda dapat menguasai irama

No comments:

Post a Comment