Tuesday, October 20, 2009

Lingkungan Suara Dalam Muzik Klasikal

Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orkestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa penggunaan falseto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.
Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ia sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
Muzik koral dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan opera. Berlawanan dengan opera, koral mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian koral boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian opera. Walaupun sebenarnya tidak ada penyanyi di dalam kumpulan koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan penyanyi menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
Di dalam muzik koral, lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga bahagian penyanyi mengikut jantina seperti nyanyian opera, tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian untuk lelaki dan wanita seperti – soprano, alto, tenor, bes atau empat bahagian untuk satu jantina seperti soprano 1, soprano 2, alto 1, alto 2, tenor 1, tenor 2, bes 1 (atau bariton), bes 2.

No comments:

Post a Comment